icon-search
icon-search
  • CRT.jpg
  • Chan Rak Ter.JPG

CHAN RAK TER... AKU CINTA KAMU

RM 24.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Sinopsis


“Kadang-kala kita ingin sekali meneka, menduga dan mengubah suratan yang terhampar di hadapan mata.  Namun siapalah kita untuk menolak takdir-Nya yang tidak terduga?”


Antara Dian Damia dan Karn Klaharn, pertemuan mereka yang istimewa melahirkan sebuah persahabatan yang bersulamkan tawa riang, keindahan dan kebahagiaan. Bagi Dian, Karn adalah peneman di bumi asing Thailand. Bagi Karn pula, Dian adalah teman yang menyenangkan hatinya.

Namun siapa sangka satu tragedi akhirnya memusnahkan segala-galanya. Kerana masa yang salah, tempat yang salah dan bersama orang yang salah, Dian akhirnya terjebak dalam satu konspirasi yang tidak pernah langsung terlintas dalam fikiran warasnya.

“You’re more than just Karn Klaharn. Siapa….siapa sebenarnya awak? Apa awak nak daripada saya? Kenapa saya mesti terbabit dengan semua ini?!” – Dian Damia

Kerana dia, Dian Damia yang menerima akibat. Kerana dia, Dian Damia takkan pernah tersenyum lagi. Dan untuk itu, dia akan membetulkan segala-galanya. Walau apa sekalipun yang harus dia lakukan, tidak akan sekali-kali dia teragak. Yang penting, Dian harus diselamatkan! 

“Izinkan saya jaga awak… izinkan saya lindungi awak, Dian…” – Karn Klaharn

Dalam usahanya ‘menyelamatkan’ Dian, tanpa sedar hati lelaki Karn Klaharn mula berkocak hebat. Inikah yang dinamakan cinta? Namun bagaimana kalau rasa cinta ini akan membawa Dian ke penghujung nyawanya? Mampukah Karn menyelamatkan pemilik hatinya sebelum segala-galanya terlambat? Apa pula yang akan terjadi tatkala Krissada muncul di antara mereka berdua? Sungguh! Antara cinta dan nyawa, mungkinkah ada yang menjadi korban?

“Tangan ni… dah pernah rampas nyawa manusia lain. Dan saya takkan teragak-agak untuk buat perkara yang sama demi Dian Damia. I would do anything for her, termasuk… membunuh.”


Maklumat lain


Genre: Action-romance / Action-thriller

Penerbit: Karyaseni Sdn. Bhd.

Tahun terbit: 2013

ISBN: 978-967-0246-42-0

Jumlah muka surat: 606

Jumlah patah perkataan: 105, 916

Berat: 502 g

Your cart is currently empty.
Continue shopping