Sinopsis Salju Kyoto
‘When a man truly loves a woman, she becomes his weakness. When a woman truly loves a man, he becomes her strength. This is called Exchange of Power.’
Musim dingin 2015. Kyoto.
Semuanya bermula pada malam itu. Aku cuma seorang wanita biasa yang ingin mencari sahabat yang hilang. Namun, malam itu mengubah segala-galanya. Dia muncul umpama samurai, dalam persalinan kimono hitam dan sebilah pedang.
A.K, dia sang jejaka misteri. Bermata helang, beraura garang. Bersamanya, terselit amaran.
“Stay away from him.”
Tetapi, bagaimana mungkin aku lari daripadanya bila dia tiba-tiba mengumumkan bahawa aku miliknya?
“She’s my woman. You touch her...and you die.” - A.K.
Hakikat bahawa Badri sudah menjadi yakuza mengeruhkan keadaan. Dia sahabat baik yang tulus, jadi kenapa dia menghumban diri ke jalan ini?
“If you feed an evil soul, he’ll become a devil.” - Badri
Bila dua pilihan terhampar depan mata, aku akhirnya membuat keputusan muktamad. Tinggal di Kyoto dan berjuang...dengan status sebagai isteri kepada Arjuna Kaede.
Dari awal, aku sedar bahawa menjadi isteri kepada lelaki itu bukan mudah. Nyawa sentiasa di hujung tanduk. Namun, aku ialah Nailah Farafisha. Seperti agungnya cinta Nailah al-Farafishah, srikandi Islam buat suaminya, Khalifah Uthman Ibn Affan, seperti itu juga tingginya darjat Arjuna Kaede di mataku. Pantang maut sebelum ajal!
“Masanya sudah tiba untuk aku jadi singa betina.” - Nailah
Tetapi, mampukah aku terus bertahan dihimpit dunia gelap yakuza? Mampukah aku menjadi penyelamat tatkala Arjuna hampir tersungkur antara prinsip dan nyawa? Apa pula yang akan terjadi kepada Badri?
Ini bukan kisah cinta semata-mata. Ini tentang pilihan, pengorbanan dan akibat. Ini...kisah aku.
Sinopsis I'm Not A Monster
Dia… Ryu.
Seorang Red Dragon. Si anjing gila di kalangan ahli kongsi gelap kota Macau. Sekali ‘menggigit’, lawan-lawannya menggelupur!
Dia… Maya.
Hanya gadis biasa. Sekurang-kurangnya, itu yang dia fikir selama ini. Namun, satu malam mengubah segala-galanya. Dia jadi pelarian. Dia jadi manusia kematian jiwa.
Mereka bertemu… pada saat malam menyembunyi bulan, pada saat darah mengotori jalanan. Lalu, Maya memutuskan untuk mengambil jalan paling gila.
“Aku mahu tinggal di sini. Di rumah ini.” - Maya
“Kau tahu siapa aku, kan? Dan apa yang aku boleh buat ke atas kau?” - Ryu
Bagi Ryu, Maya sekadar perempuan dalam tahanan. Bagi Maya, Ryu sekadar lelaki dalam persembunyian. Antara mereka, tiada yang lebih, tiada yang kurang. Tetapi, sampai bila? Kerana pada akhirnya…
“Kau tipu aku, Maya!!!”
Segala-galanya terbongkar. Sekarang, mampukah Ryu menghalang diri daripada mengapa-apakan Maya saat dia tahu siapa wanita itu sebenarnya? Atau mungkinkah dia juga akan mengambil jalan paling gila? Melindungi Maya dengan nyawanya sendiri.
“Jangan mati depan aku.” - Ryu
“Kau Ryu aku. Dan aku Maya kau.” - Maya